This post is in BM. Its general knowledge, basically, but if I'm wrong do not hesitate to correct me. I know that my knowledge is limited, but I want to share the extend of it to everybody.
Tadi saya baru terbaca satu post dari kawan blogger saya mengenai snek ROTA yang dikatakan mengandungi lemak babi.
Mula-mula, saya ingin katakan disini adalah tidak mungkin banyak code diletakkan khas untuk lemak babi!
Jadi, saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai international food additive codes, yang sememangnya universal dan diterima pakai oleh jakim sendiri.
Menurut jakim:
"Untuk makluman, sistem E-Coded digunakan sebagai satu sistem antarabangsa untuk food addittive (bahan tambahan untuk makanan - sama ada ianya adalah bahan perasa, bahan pewarna atau bahan awet). Sebahagian besar food additive ini ada yang bersifat bahan natural seperti garam dan gula, ada yang dihasilkan daripada bahan kimia seperti bahan awetan (sodium benzoate - E211), ada yang dihasilkan daripada bahagian tumbuhan dan haiwan (E471 - Mono - and diglycerides of fatty acids, glycerel monostearate, glyceryl distearate - bahan emulsifier, penstabil makanan - boleh dihasilkan sama ada daripada lemak haiwan atau pun lemak tumbuhan)."
Jadi, untuk memudahkan semua, secara umumnya E-coding ni terbahagi seperti berikut:
Colour. (E100 - 181)
Preservative, colour fixative, acidity regulator. (E200 - 297)
Antioxidant, anti-caking, acidity regulator, humectant. (E300 - 385)
Emulsifier, thickener, stabiliser, gelling agents. (E400 - 492)
Anti-caking, foaming, firming, gelling, bulking agents . (E500 - 586)
Flavour enhancer . (E620 - 641)
Sweetener, humectant, thickener, stabiliser . (E900a - 968)
Enzyme, thickener, stabiliser, humectant. (E1001 - 1521)
Sumber saya:
Romsey Australia
Yang selalu dipersoalkan adalah Emulsifier, yang kebanyakkannya diperbuat dari fatty acid. Skali lagi saya ingin tekankan disini bahawa fatty acid boleh diperbuat dari tumbuh-tumbuhan (seperti kacang soya) dan binatang (lembu, etc). Pada pendapat saya, lagi murah jikalau menggunakan tumbuh-tumbuhan. Dan selalunya jika kita membaca label makanan tersebut dengan betul (janganlah tengok code E je terus melatah), akan tertera disitu emulsifier made from "ABC".
Yang penting sekarang, apakah sumber-sumber asal bahan-bahan ini. Kita harus merujuk kepada pihak jakim terlebih dahulu sebab setahu saya (correct me if i'm wrong) kebanyakannya terletak dalam kategori syubhah - boleh jadi ia halal, boleh jadi ia haram - bergantung kepada sumbernya.
Cuma 4 sahaja yang memang confirm haram, kerana sumbernya tidak boleh ditukar (tidak ada substitute). In fact, lecturer food chemistry saya (Pn Hanim) ada sebut mengenai gelatine ini.
E-120 (Cochineal) - pewarna merah, diperbuat dari serangga betina.
E-441 (Gelatine) - diproses dari tulang lembu/babi. (selalu dlm ice cream)
E-542 (Edible Bone Phosphate) - Ekstrak dari tulang haiwan.
E-904 (Shellac) - resin dari haiwan serangga.
Sumber saya:
iluvislam
Jadi, saya berharap segala info yang saya letakkan disini dapat memberi panduan kepada semua. Moga-moga kita semua tidak mudah terpengaruh dengan email-email yang kadang kala tidak diketahui sumbernya. Adalah lebih baik kita merujuk kepada pihak berkuasa (contohnya, jakim) untuk mengetahui kesahihan cerita tersebut.
Sila lawati website Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian kesihatan Malaysia untuk mendapatkan senarai penuh codes ini:
BKKM